Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penangguhan Pemergian Jemaah Haji Demi Kepentingan Bersama Umat Islam

By 8 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 8 Jul (Malaysiaaktif) –¬†Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan berkata keputusan kerajaan Malaysia menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini¬†demi kepentingan bersama antara umat Islam bagi mengekang virus COVID-19.

Qattan berkata beliau mengikuti reaksi rakyat (umat Islam) Malaysia di pelbagai platform berhubung keputusan penangguhan itu.

‚ÄúSaya mendapati rakyat Malaysia memahami dan menerima keputusan kerajaan Malaysia mengenai¬†perkara ini. Ibadat haji merupakan perkara yang besar dan penting di sisi rakyat¬†(umat Islam) Malaysia dan mereka sangat realistik serta¬†sedar kepentingan umat¬†Islam di seluruh dunia,‚ÄĚ katanya.

Pada 11 Jun lalu,  Malaysia mengumumkan untuk menangguhkan pemergian jemaah haji bagi Musim Haji 1441 Hijrah ke tahun hadapan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada 23 Jun lepas, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan untuk mengehadkan jemaah haji pada tahun ini hanya untuk penduduk yang tinggal di negara itu, susulan penularan wabak COVID-19.

Menurut kementerian tersebut, hanya sebilangan kecil penduduk daripada pelbagai kerakyatan yang tinggal di Arab Saudi akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Sehubungan itu, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri  pada 24 Jun lepas berkata Malaysia menyambut baik pendirian Arab Saudi yang sedang mempertimbangkan untuk membenarkan ibadah haji bagi tahun ini diteruskan, namun terhad kepada rakyat negara itu serta rakyat negara Islam yang sudah berada di sana.

‚ÄúPendirian Arab Saudi dalam perkara itu¬†bukan sahaja menggambarkan kecaknaan Khadimul Haramain al-Sharifain Raja Salman Abdulaziz dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi terhadap umat Islam di seluruh dunia, bagi memastikan ibadah ini dapat dilaksanakan dengan selamat berdasarkan perspektif kesihatan umum, malah bertepatan dengan konsep maqasid syariah iaitu hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa),‚ÄĚ kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Qattan berkata pendirian Malaysia menyambut baik pengumuman negaranya untuk meneruskan ibadah haji bagi tahun ini, mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

‚ÄúMari sama-sama kita berdoa supaya wabak ini berakhir secepat mungkin,‚ÄĚ katanya.

Sehingga 6 Julai, Arab Saudi telah mencatatkan 213,716 kes baharu dan 4,207 kematian berdasarkan kenyataan kementerian kesihatan negara itu.

Untuk rekod, terkesan dengan wabak COVID-19, Arab Saudi pada akhir Februari memutuskan menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Makkah dan ziarah Masjid Nabawi, Madinah.

Pada pertengahan Mac, Arab Saudi memutuskan menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat pergerakan keluar masuk  ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda