Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Malaysia perlu mempunyai keupayaan dalam mengeluarkan produk-produk kritikal, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ia merangkumi sektor makanan dan minuman, peranti perubatan, ubat-ubatan, petrokimia serta peralatan perlindungan peribadi seperti sarung tangan dan pelitup muka.
“Apabila negara mempunyai keupayaan tersebut, maka kita mampu mengurangkan aliran keluar mata wang Malaysia dan seterusnya meningkatkan eksport barangan tempatan,” katanya ketika melancarkan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat kebangsaan di Suria KLCC di ibu kota, hari ini.
Justeru, katanya kerajaan sedang mengkaji dan menilai semula dasar sedia ada untuk mengurangkan kebergantungan pada produk import dan memberikan keutamaan kepada pembinaan keupayaan industri tempatan mengeluarkan produk buatan Malaysia.
Beliau berkata dunia termasuk Malaysia berhadapan dengan cabaran kelembapan pertumbuhan ekonomi akibat penularan pandemikĀ COVID-19.
“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat berskala pertengahan dan multinasional, mengalami kesukaran dari segi kekangan aliran tunai dan kehilangan atau kekurangan pelanggan,” katanya.
Muhyiddin berkata rantaian bekalan turut terjejas terutamanya bagi sektor industri serta perkhidmatan yang terpaksa bergantung pada bahan mentah, komponen dan bekalan import.
Katanya bagi membantu pihak industri serta para perusahaan kecil dan sederhana menangani masalah aliran tunai, pelbagai insentif telah diperkenalkan kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Sementara itu, perdana menteri berkata pemasaran produkĀ PKSĀ tempatan terutama di rangkaian pasar raya dan pasar raya besarĀ telah mencatatkan nilai hasil jualan yang memberangsangkan iaitu sebanyak RM667 juta pada 2019, peningkatan sebanyak 307.6 peratus berbanding tahun 2015.
Beliau berkata kebanyakan komuniti perniagaan telah beralih kepada penggunaan teknologi digital lebih meluas susulan pandemik COVID-19.
Muhyiddin berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 79,274 (PKS) dilapor telah memanfaatkan platform e-dagang.
Jumlah ini melebihi sasaran kerajaan untuk melatih 50,000 PKS dalam setahun,Ā katanya.
āJabatan Perangkaan Malaysia juga melaporkan penjualan runcit dalam talian yang menggambarkan perkembangan aktiviti e-dagang mencatat peningkatan sebanyak 39.3 peratus pada Mei 2020, berbanding Mei 2019.
āAktiviti e-dagang juga telah melonjak sebanyak 9.3 peratus berbanding April 2020ā, kata perdana menteri.
— BERNAMA