Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

MERT Jalankan Operasi Disinfeksi, Persediaan Terima Kemasukan Pelajar

By 9 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/IKM Sik (Sik)

SIK, 9 Jul (Malaysiaaktif) – Sebagai langkah persediaan bagi menerima kembali kemasukan pelajar kanan yang akan meneruskan pengajian pada 12 Julai ini, Pasukan MARA Emergency Response Team (MERT) Institusi Kemahiran MARA (IKM) Sik mengambil langkah menjalankan Operasi Disinfeksi di sekitar kampus dan bangunan IKM.

Seramai tujuh anggota MERT yang diketuai oleh Syalizam Mohmad Shukri serta dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sik terlibat dalam proses membasmi kuman daripada permukaan yang berpotensi tercemar bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.

Pengarah IKM Sik Idris Alias, berkata usaha ini juga selaras dengan saranan kerajaan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menekankan prosedur operasi standard (SOP) diamalkan di mana jua kita berada.

Proses disinfeksi turut dilakukan di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Sik Dalam dan SK Seri Dusun, di sini.

Proses disinfeksi turut dilakukan di sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Sik Dalam dan SK Seri Dusun, di sini.

“Langkah ini adalah bagi meminimakan risiko penularan COVID-19 dan memastikan persekitaran adalah selamat, kondusif dan terkawal.

“Adalah penting untuk kita terus berdisiplin di samping sama-sama mematuhi SOP selain menjaga kebersihan diri untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik,” ujarnya ketika ditemui di IKM Sik, semalam.

Jelas Idris, pelajar kanan adalah pelajar semester akhir yang akan meneruskan pengajian sebelum menjalani latihan praktikum selama enam bulan.

Selain daripada IKM, MERT turut menjalankan disinfeksi di Sekolah Kebangsaan Sik Dalam dan Sekolah Kebangsaan Seri Dusun sebagai persediaan bagi menyambut kemasukan pelajar pada 15 Julai ini.

-SH

Tinggalkan komen anda