Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Operasi Bersepadu Pematuhan PKPP Didik Masyarakat Berdisiplin

By 26 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim Mohd Shaari (Jempol)/IPD Jempol

JEMPOL, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Dengan menyasarkan untuk memberikan kesedaran dan mendisplinkan masyarakat agar peka dan patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol (IPD) mengadakan Ops Bersepadu Pematuhan SOP PKPP COVID-19 bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum khususnya kepada penduduk daerah sini.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Mohd Khairiel Mohd Arif, berkata operasi melibatkan seramai 41 anggota daripada empat agensi terdiri daripada Majlis Perbandaran Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah, RELA dan Pejabat Penerangan Daerah bersama-sama menjayakan operasi ini.

“Operasi bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya lebih memandang serius terhadap apa yang sedang berlaku di negara kita ini iaitu pandemik COVID-19 ini.

Pemeriksaan dijalankan di premis-premis berdekatan.

Pemeriksaan dijalankan di premis-premis berdekatan.

“Justeru, sebagai langkah pencegahan dalam menangani penularan pandemik ini kita perlu memastikan semua premis dalam daerah Jempol mengikut SOP yang telah digariskan oleh MKN dengan menyediakan buku catatan nama pengunjung, pensanitasi tangan dan alat pemeriksa suhu dan yang lebih utama apabila operasi ini diadakan masyarakat akan sedar bahawa agensi sentiasa memantau tingkah laku mereka bagi memastikan mereka kekal berdisiplin,” katanya ketika ditemui dalam ops berkenaan, di sekitar Bandar Bahau, di sini semalam.

Menurutnya lagi, operasi ini telah masuk kali kedua diadakan melibatkan pemeriksaan di pusat membeli belah, restoran, pusat perniagaan dan pasar, dan bagi memastikan operasi berjalan dengan efektif dan menyeluruh, semua anggota telah dipecahkan kepada lima kumpulan.

“Hasilnya dua kompaun telah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan juga Majlis Pembandaran Jempol atas kesalahan tidak mengawal had bilangan pelanggan dan tiada tanda penjarakkan sosial dalam premis serta tidak memakai apron dan penutup kepala semasa mengendalikan makanan,” katanya.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Pembandaran Jempol Raja Norazli Raja Nordin.

-SH

Tinggalkan komen anda