Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tujuh Kes Baharu Libat Enam Kes Import, Satu Kes Penularan Tempatan

By 14 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 14 Jul (Malaysiaaktif) РSebanyak tujuh kes baharu positif COVID-19 dilapor semalam, melibatkan enam kes import dan satu kes penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,725 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan virus itu adalah 83 kes.

“Enam kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua orang warga Malaysia dan empat bukan warganegara (pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja).

‚ÄúSatu kes penularan di dalam negara pula adalah warga¬†Malaysia iaitu kes daripada Kluster PUI (patient¬†under investigation) Novgorod,‚ÄĚ katanya dalam kenyataan¬†semalam.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata satu kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang berkenaan adalah sebanyak 8,520 kes iaitu 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau juga berkata tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kekal 122 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

‚ÄúSehingga kini, terdapat empat kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiga kes memerlukan bantuan pernafasan,‚ÄĚ tambahnya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengingatkan semua individu di bawah pengawasan dan pemantauan di rumah supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah seperti ditetapkan dalam Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia.

Menurutnya antara syarat yang ditetapkan adalah mereka perlu sentiasa berada di rumah sepanjang tempoh pengawasan, hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah, rekodkan pelawat yang menziarah dan kemukakan kepada pihak kesihatan sekiranya diminta.

Mereka juga perlu elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri seperti berus gigi dengan individu serumah yang lain, mencuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan sabun sebelum digunakan semula dan memastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.

‚ÄúAhli keluarga kepada pengembara yang pulang ke Malaysia juga dingatkan supaya meminimumkan bilangan individu yang menjemput mereka di Pintu Masuk Antarabangsa.¬†Sekiranya terdapat individu yang bergejala di kalangan ahli keluarga¬†atau rakan serumah kepada pengembara, mereka dikehendaki mendapatkan rawatan segera,‚ÄĚ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda