Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Wabak Mengikut Perspektif Islam

By 6 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Farhana Azman (Melaka Tengah)

MELAKA, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menganjurkan Ceramah Agama Mingguan bagi bulan Julai 2020 yang bertempat di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, baru-baru ini.

Ceramah yang bertajuk ‘Wabak Mengikut Perspektif Islam’ telah disampaikan oleh Ustaz Kamarudin Sidek (Pegawai Khas Agama) kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.

Dalam ceramah tersebut, antara intipati yang disampaikam ialah Islam mempunyai garis panduan yang jelas mengenai soal makanan kerana tidak semua yang hidup itu boleh menjadi bahan santapan kerana ia ada mudaratnya kepada manusia tetapi mungkin tidak kepada makhluk lain.

“Oleh itu setiap makanan yang hendak dijamah bukan sahaja perlu halal bahkan hendaklah baik dan suci serta tidak memudaratkan.

“Keadaan yang berlaku di zaman ini kian mencabar. Doa adalah senjata orang mukmin. Maka berdoalah kita sentiasa agar terhindar daripada segala penyakit dan wabak dan sentiasa menjadikan Negara Malaysia yang tercinta dalam keadaan aman dan sejahtera.”

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hassan, ketua-ketua jabatan serta wakil-wakil jabatan di seluruh negeri Melaka.

-KN

Tinggalkan komen anda