Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

19 Koperasi Tunai Zakat Perniagaan

By 6 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Haniza Harun/Gerakan Koperasi Negeri Melaka (Melaka)

MELAKA, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Pusat Zakat Melaka menetapkan syarat wajib zakat perniagaan koperasi ialah beragama Islam, merdeka, sempurna pemilikan, cukup nisab serta haul genap setahun tempoh perniagaan. Sehubungan itu Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Pusat Zakat Melaka telah mengenalpasti koperasi-koperasi yang telah menjelaskan tanggungjawab untuk berzakat.WhatsApp Image 2020-08-05 at 15.01.07

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi telah diadakan di Hotel AMES, Ayer Keroh Melaka baru-baru ini. Majlis penyerahan zakat tersebut telah disaksikan oleh Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, program ini bertujuan untuk memberi galakan dan kesedaran kepada Gerakan Koperasi di negeri Melaka untuk mengeluarkan zakat perniagaan.

“Program ini diharap dapat memberi pendedahan akan kepentingan mengeluarkan zakat dalam meningkatkan taraf hidup golongan asnaf dalam semua bidang.

“Sebanyak 19 buah koperasi telah terlibat membuat penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM147,485.54 kepada Pusat Zakat Melaka, iaitu koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad, koperasi SMK Ayer Molek Melaka Berhad, koperasi Sekolah Tinggi Perempuan Melaka Berhad, koperasi Warisan Pekan Umbai Melaka Berhad, koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad, koperasi SMK Sultan Alauddin Masjid Tanah Melaka Berhad, koperasi SMK (A) Sharifah Rodziah Melaka Berhad, koperasi Sekim Melaka Berhad, koperasi SMK Munshi Abdullah Melaka Berhad, koperasi SMK Ghaffar Baba Masjid Tanah Melaka Berhad, koperasi SMK Tun Tuah Melaka Berhad, koperasi Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka Berhad, koperasi SMK Bukit Katil Berhad, koperasi Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka Berhad, koperasi SMK Lubok China Melaka Berhad, koperasi Sekolah Tun Tijah Melaka Berhad, koperasi SMK Seri Tanjong Melaka Berhad, koperasi SMK Bukit Baru Melaka Berhad dan koperasi SMK Malim Melaka Berhad,” katanya ketika majlis penyerahan, di sini baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Melaka, Mohd Firdaus Shaari dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil.

-KN

Tinggalkan komen anda