Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Konvoi KMJG Perak Sambung Semula Jelajah Negeri

By 7 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)

IPOH, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Perak yang berlepas pada fasa pertama sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2020 dan ditangguhkan seketika bagi memberi laluan kepada Sambutan Aidiladha kini meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Menurut Ketua Urusetia Konvoi, Azalina Abdullah, pelepasan kembara konvoi yang memulakan misi pada hari ini merangkumi empat buah daerah di negeri Perak.

“Daerah yang terlibat adalah Hulu Perak, Pengkalan Hulu, Perak Tengah dan Mualim.

“Perjalanan konvoi ini akan memakan masa empat hari bermula hari ini dan berakhir pada hari Ahad,” katanya ketika pelepasan konvoi di perkarangan ibu pejabat, Jabatan Penerangan Negeri Perak, di sini semalam.

Ketua Urusetia Konvoi, Azalina Abdullah ketika berucap pada program Merdeka@Komuniti di sini.

Ketua Urusetia Konvoi, Azalina Abdullah ketika berucap pada program Merdeka@Komuniti di sini.

Terdahulu, konvoi KMJG yang menjadi acara rasmi bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Perak ini membuat sedikit perubahan dalam aturan jadual perjalanannya.

“Pada awalnya konvoi ini akan meliputi kesemua 13 daerah di negeri ini namun terpaksa dipendekkan jangka waktunya bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Khas (PRK) Slim yang akan berlangsung tidak lama lagi,” ujar Azalina yang juga Pegawai Penerangan Daerah Kampar.

Hampir 50 peserta dengan 23 buah kenderaan dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak, Lembaga Air Perak, dan Pos Malaysia terlibat dalam konvoi kali ini.

-SH

Tinggalkan komen anda