Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kaunter Mobil KWSP Mudahkan Urusan

By 6 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Sazli Abu Hassan (Sik)

SIK, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) komited dalam membantu memperluaskan jangkauan perkhidmatan kaunter kepada masyarakat menerusi kaunter bergerak atau KWSP Mobile.

Menurut Pegawai Mobile Team KWSP Cawangan Kedah/Perlis Hamdan Ismail, perkhidmatan kaunter bergerak ini juga bertujuan bagi merakyatkan perkhidmatan awam dengan turun padang bagi membantu mereka yang memerlukan khidmat KWSP.

“Kami berhasrat untuk memudahkan penduduk luar bandar dan pedalaman yang tiada akses mudah kepada perkhidmatan kami dan langkah ini bertepatan dalam meringankan beban masyarakat kerana tidak perlu keluar jauh untuk membuat sebarang urusan serta memudahkan urusan kaunter.

Pegawai bertugas memberi penerangan kepada pencarum.

Pegawai bertugas memberi penerangan kepada pencarum.

“Perkhidmatan kaunter bergerak ini akan dibuka dilokasi-lokasi terpilih bagi memudahkan orang awam berurusan dengan kami.

“Sepanjang kaunter bergerak ini dijalankan bermula Ogos 2016, ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terutamanya penduduk luar bandar,” ujarnya yang ditemui selepas Program Kaunter Mobile KWSP di Pejabat Penerangan Sik, di sini semalam.

Menurut Hamdan, antara perkhidmatan boleh dibuat di kaunter tersebut adalah seperti pengaktifan i-akaun, pengeluaran/pendaftaran ahli, semakan dan pendaftaran i-suri, i-saraan, penamaan, simpanan syariah serta lain-lain.

“Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kami tetap meneruskan perkhidmatan ini terus kepada masyarakat namun tetap mengikut SOP yang telah ditetapkan,” ujarnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda