Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jalur Gemilang Megah Bekibar di Puncak Gunung Mat Chincang

By 31 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ku Nurul Sham/Kubendiran (Langkawi)

LANGKAWI, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Langkawi bersama Pejabat Daerah Langkawi dengan jayanya telah mengibarkan Jalur Gemilang di Puncak Gunung Mat Chincang sebagai tanda menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-63 di samping untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pengunjung yang hadir ke situ.

Penolong Pegawai Daerah Langkawi , Zulkifli Abdullah, 40, berkata sebagai warganegara Malaysia, semangat cintakan negara perlu ditanam dalam hati masing -masing, biarlah susah sama susah, senang sama senang, selari dengan tema hari kebangsaan tahun ini iaitu “Malaysia Perihatin”.

Seorang pengunjung yang hadir, Dyana Nordin, 34, beliau amat berbangga apabila diserahkan Jalur Gemilang dan tidak menyangka hari ini akan mendapat bendera tersebut secara percuma.

“Saya akan memastikan bendera ini akan berkibar megah di rumah nanti,” katanya.

Sebanyak 300 helai jalur gemilang telah diedarkan secara percuma dengan harapan agar semua rakyat Malaysia akan terus mengibar bendera keramat ini dengan penuh rasa bangga.

-SH

Tinggalkan komen anda