Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan Kaji Mekanisme Baharu Bantu Individu Hilang Kerja Akibat COVID-19

By 30 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji mekanisme baharu untuk melatih individu yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 dengan pelbagai kemahiran yang sesuai dengan keperluan industri.

Timbalan Menterinya Awang Hashim berkata kajian itu dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi di bawah kementerian itu selain bercadang untuk menempatkan individu berkenaan mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Bersesuaian dengan norma baharu, rakyat perlu bersedia menerima dan mempelajari pelbagai bidang kemahiran seiring dengan kehendak industri sekarang. Mereka yang kehilangan pekerjaan kita akan latih untuk membina kemahiran lain atau menjadi nilai tambah bagi kemahiran sedia ada.

“Jika dulu, kita ambil dan latih mereka, namun sekarang ini kita tempatkan mereka kemudian latih, konsep baharu ini dapat mengelakkan mereka daripada gagal dan balik kampung seterusnya mengganggur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Masjid Parlimen Pendang, semalam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda