Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Komuniti PPR Tehel Meriah Sambut Merdeka ke-63

By 27 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Gotong- Royong Perdana Komuniti Perumahan Rakyat (PPR) Tehel sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun Ke-63 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.

Acara menanam pokok sebagai simbolik program gotong - royong perdana.

Acara menanam pokok sebagai simbolik program gotong – royong perdana.

Menurut Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Muhammad Musa, ini adalah antara inisiatif yang baik bagi menyatu padukan komuniti PPR dan juga menyemarakkan semangat patriotisme komuniti yang diluahkan melalui hiasan dan kibaran Jalur Gemilang di rumah, pejabat, premis perniagaan serta kenderaan masing-masing.

“Selain itu juga, bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan mampan dilaksanakan dengan berkesan dan manfaatnya dapat dirasai sehingga ke akar umbi, pelaksanaan Local Agenda 21 juga menekankan kerjasama tiga pihak iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masyarakat termasuk komuniti dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

“Kerjasama tersebut adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran dan inisiatif masyarakat dalam memastikan pelaksanaan program-program yang bermanfaat ke arah pembangunan yang mampan,” ujar beliau.

Program gotong-royong ini juga turut diserikan dengan majlis penanaman pokok hiasan sebagai menyahut seruan kerajaan memastikan kepentingan menjaga Alam semula jadi dan acara mengibar Jalur Gemilang Info on Wheel Pusat Maklumat Rakyat Daerah Jasin, Jabatan Penerangan Negeri Melaka memeriahkan penutup majlis ini.

Turut hadir Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bemban Datuk Hasan Rahman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Shadan Othman, Pegawai Penerangan Daerah Jasin Azreen Ahmad dan barisan kepimpinan Daerah Jasin.

-KN

Tinggalkan komen anda