Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kampung Orang Asli Gapam Meriah Sambut Bulan Kebangsaan

By 27 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mastika Hablum/Nur Fariza Farnoh (Melaka)

MELAKA, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Walaupun Malaysia dilanda Pendamik COVID-19, usaha dan seruan Jabatan Penerangan Malaysia dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan 2020 tetap diteruskan sehingga ke peringkat akar umbi tanpa mengenal warna kulit, agama dan bangsa, dalam masa yang sama Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dipatuhi.

Masyarakat Orang Asli Gapam Baru, Selandar Jasin Melaka semasa program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Jasin.

Masyarakat Orang Asli Gapam Baru, Selandar Jasin Melaka semasa program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Jasin.

Program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Jasin anjuran Pejabat Penerangan Daerah Jasin yang diadakan di Kampung Orang Asli Gapam Baru baru-baru ini mendapat sambutan baik dari penduduk tempatan.

Menurut Pengarah Penerangan Negeri Melaka Mohd Rizal Hashim, kerajaan tidak mahu ada rakyat Malaysia yang tertinggal mahupun terkecuali meraikan kelahiran negara yang ke-63 tahun ini.

“Selain program Merdeka@Komuniti juga, pasukan Jabatan Penerangan Melaka melalui program “Info on Wheels Merdeka” juga telah sampai ke perkampungan Orang Asli yang lain seperti perkampungan Orang Asli Lubuk Bandung, Kampung Air Dusun dan juga di Bukit Payung.

“Program ini menyasarkan 60 program sepanjang Bulan Kebangsaan dan sehingga semalam sebanyak 51 program dengan 102 lokasi di 28 DUN Melaka ini telah dijelajahi. Kehadiran kami adalah untuk menggalakkan pemasangan Jalur Gemilang di premis dan kediaman, membawa mesej kenegaraan, mempromosi aktiviti Bulan Kebangsaan dan turut memberi panduan cara pemasangan bendera dengan betul,” ujar Rizal.

Nasuha Buntal (kanan).

Nasuha Buntal (kanan).

Manakala bagi penduduk tempatan, Nasuha Buntal, program hari ini amat dinantikan oleh penduduk Orang Asli Gapam Baru. Semangat sambutan Hari Kebangsaan juga amat terasa di Kampung Orang Asli yang juga bersama-sama berkorban bagi mencapai kemerdekaan.

“Penghayatan erti kemerdekaan itu penting bagi generasi muda yang harus dipupuk sejak kecil lagi di samping Itu Rukun Negara yang menjadi teras keharmonian negara perlu ditekankan kepada semua rakyat agar kehidupan di negara kita terus aman dan sejahtera,” ujarnya.

-KN

Tinggalkan komen anda