Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sambutan Hari Kebangsaan di SICC Isnin Depan

By 27 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juslie Bacle/Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2020 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Isnin depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong, berkata disebabkan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sambutan kali ini diadakan di tempat tertutup dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Sambutan akan dijalankan secara ringkas sebagai memperingati hari kemerdekaan dengan pengisian majlis upacara menaikkan Jalur Gemilang, pemeriksaan kawalan kehormatan dan tayangan multimedia.

“Oleh kerana PKPP, kita hadkan kehadiran sebanyak 250 sahaja yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan sebagai mematuhi arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Acara ini akan bermula pada pukul lapan pagi dan bakal dihadiri oleh Yang DiPertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini hari ini.

-SH

Tinggalkan komen anda