Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKPD Pentadbiran di Empat Mukim di Kedah Bermula Hari Ini

By 3 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Pertahanan

PUTRAJAYA, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan DiperketatkanĀ (PKPD) secara pentadbiran di empat mukimĀ di negeri KedahĀ bermula hari ini hingga 30 Ogos, kataĀ Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkataĀ keputusan itu dibuat susulan 11 kes baharu COVID-19 yang berpunca daripadaĀ kluster PUI Sivagangga.

Memperincikan perkara itu, beliau berkata empat kawasan terbabit ialah Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh, Kampung Pida Satu di Megat Dewa, Kampung Bendang Dalam Mukim Binjal di Kubang Pasu dan Kampung Ulu Sanai di Padang Terap yang kesemuanya terletak dalam radius satu kilometer dari restoran tersebut.

ā€œMesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PelaksanaanĀ PKP hari ini meluluskan permohonan kerajaan negeri Kedah untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran di kawasan-kawasan tersebut.

ā€œPelaksanaan PKPD secara pentadbiran akan mengguna pakaiĀ prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masukĀ dan penutupan beberapa jalan utama ke kawasan sekitar,ā€ katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut laporan media, sehinggaĀ semalam, sebanyak 313 individu daripada kluster tersebut telah disaring denganĀ 20 dikesan positif COVID-19 sementaraĀ 280 individu negatif, manakala bakinya masih menunggu keputusan ujian.

Mengulas lanjut, IsmailĀ Sabri berkataĀ Kementerian KesihatanĀ akan menjalankan ujian saringan ke atas kira-kira 7,000 pendudukĀ di kawasan terlibat.

Menurutnya, selain tadika, masjid serta rumah ibadatĀ turut ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat.

“Kebebasan bergerak mungkin boleh disekat jika kes meningkat seperti yang berlaku di Kedah dan perkara sama mungkin boleh berlaku di tempat lain.Ā Justeru itu, rakyat perlu patuh SOP dan setiap larangan agar perkaraĀ seumpama ini tidak berlakuĀ di tempat lain,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda