Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

RM1.62 Juta Diperuntuk Kepada Pekebun Kecil Koko Sabah

By 26 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam Kassim/Vicky S. Matanjang (Sabah)

RANAU, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM 1.62 juta ringgit diperuntukkan kepada pekebun kecil koko negeri ini menerusi bantuan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Menteri Perusahan Perladangan dan Komuditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata Bantuan Prihatin Koko 2020 berbentuk insentif input pertanian bakal dimanfaat 2,725 pekebun kecil koko di Sabah.

“Ini merupakan satu suntikan daripada kerajaan kepada pekebun kecil serta membantu para pekebun melalui tempoh yang sukar disebabkan penularan pandemik COVID-19.

“Bantuan insentif ini akan disalurkan dalam bentuk baucar kepada peserta program tanaman koko berdaftar,” katanya.

Khairuddin ketika berucap pada majlis tersebut, di sini.

Khairuddin ketika berucap pada majlis tersebut, di sini.

Khairuddin berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Lanjutan Teknologi Koko Pasca Tuai dan Penyerahan Bantuan Prihatin Koko 2020, di Kundasang, baru-baru ini.

Pada majlis sama Khairuddin menyatakan industri koko negara mencapai prestasi yang memberangsangkan dari segi pemprosesan domestik dan penguasaan pasaran.

“Malaysia berjaya menguasai lebih 50 peratus syer pasaran dunia bagi lemak koko dan serbuk koko, pasaran produk koko juga menembusi 117 buah negara termasuk pasaran baharu di Eropah Timur dan Afrika Utara,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengerusi Lembaga Koko Malaysia Dr Aliakbar Gulasan serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Koko Malaysia Dr Ramle Kasin.

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda