Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sasar Kayuhan Sejauh 2,020 Kilometer Keliling Semenanjung Malaysia Secara Solo

By 26 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Muhamad Tarmizi Mohamad (Sik)

SIK, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Seorang pegawai bomba daripada Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah Kuala Kubu Baru, tekad untuk mengayuh basikal mengelilingi Semenanjung Malaysia secara solo sejauh 2,020 kilometer bagi mengumpul dana membantu keluarga serta anggota bomba yang memerlukan,

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, Wan Romani Wan Salim, kayuhan amal ini memerlukan persediaan mental dan fizikal yang kuat agar kayuhan tersebut dapat dilalui dengan baik dan berjaya.

“Sempena Maal Hijrah baru-baru ini bolehlah disimpulkan bahawa kayuhan ini umpama penghijrahan kita dalam mengubah sesuatu perkara menjadi lebih baik dan jika kita tidak dapat menanam semangat yang kuat dikhuatiri kita tidak dapat mencapai sesuatu yang dihajati.

“Tahniah diucapkan kepada seluruh anggota bomba yang bertindak selaku barisan hadapan kerana dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya tidak kira sewaktu pandemik COVID-19 atau tidak, tugasan yang dijalankan atau diamanahkan telah dijalankan dengan sebaiknya,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelepasan Kayuhan Amal Bomba “Mencari Hati Emas” di Balai Bomba dan Penyelamat Sik, di sini baru-baru ini.

Fakhrul berharap dapat mengumpul dana kebajikan bagi membantu anggota serta keluarga yang ditimpa bencana ketika bertugas.

Fakhrul berharap dapat mengumpul dana kebajikan bagi membantu anggota serta keluarga yang ditimpa bencana ketika bertugas.

Sementara itu, peserta kayuhan amal Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 38, berkata selain minat yang mendalam dengan aktiviti kayuhan, tujuan utama kayuhan ini adalah untuk mengumpul dana kebajikan bagi membantu anggota bomba serta keluarga yang ditimpa kecederaan serta kematian semasa bertugas.

“Hasil kutipan tersebut akan diserahkan kepada Ketua Pengarah Bomba serta akan diagihkan selepas tamat kayuhan ini yang dijangka pada 31 Ogos nanti,” jelas anak kelahiran Sik ini.

Tambah Fakhrul, dia menyasarkan untuk mengunjungi sekurang kurangnya 63 buah balai bomba di seluruh semenanjung Malaysia untuk tujuan kutipan derma tersebut.

“Sebenarnya, 63 balai dipilih kerana ia merupakan simbolik kepada 63 tahun negara kita menyambut kemerdekaan,” ujar jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah ini lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda