Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tiga Premis Dikompaun Jual Arak Tanpa Lesen

By 26 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noriah Athan(Gombak)/MPS

SELAYANG, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Tiga buah premis perniagaan yang menjual minuman keras dikenakan tindakan penguatkuasaan dalam operasi yang dijalankan semalam.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masoad, berkata operasi pemeriksaan berkenaan dilaksanakan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di beberapa kawasan sekitar pentadbirannya.

“Tindakan penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap premis perniagaan di sekitar Gombak, Selayang, Rawang, Kundang dan Bandar Tasik Puteri dijalankan pada 19 Ogos.

“MPS telah menyita 610 botol minuman keras ke atas tiga premis perniagaan dan mengeluarkan 13 kompaun di bawah Seksyen 3(1) Establisymen Makanan 2007 kepada pemilik premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati premis berkenaan tiada lesen eksais daripada Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

“Pihak polis juga telah menyita sebanyak 1,955 kotak rokok seludup pelbagai jenama dan menahan 23 orang warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.

“MPS bersama polis akan terus melakukan pemantauan berterusan dan tindakan tegas bagi memastikan setiap premis perniagaan mematuhi peraturan dan undang-undang,” jelas beliau.

-NAZ

Tinggalkan komen anda