Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

71 Kes Baharu Direkod dengan Majoriti Kes Berlaku di Sabah

By 25 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu COVID-19 turun kepada dua angka iaitu 71 kes yang merangkumi 69 jangkitan tempatan dan dua kes import membabitkan warga asing yang pulang dari Singapura dan Indonesia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes penularan tempatan melibatkan 43 rakyat Malaysia dan 26 bukan warganegara dengan Sabah masih lagi menyumbang kepada majoriti kes iaitu sebanyak 63.

“Daripada 63 kes yang berlaku di Sabah, 47 kes daripada kluster Bangau-Bangau, 10 kes daripada kluster Laut, dua kes daripada saringan kemasukan ke hospital dan masing-masing satu kes daripada Kluster Benteng LD, saringan rujukan ke Hospital Tawau, saringan praprosedur di Hospital Semporna dan saringan bergejala di pusat perubatan yang kini telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

“Manakala enam lagi kes penularan tempatan melibatkan empat kes di Kedah daripada kluster Sungai dan dua kes di Selangor membabitkan saringan bergejala individu yang mempunyai sejarah pulang dari Semporna, Sabah,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata 64 kes telah pulih manakala enam kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan dan tiada kematian dilaporkan semalam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda