Skip to main content
Berita TempatanSarawak

30 Individu Kurang Mampu Terima Bakul Rahmah Lawas

By 31 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Asri Dalim (Lawas)

LAWAS, 4 Jul (MalaysiaAktif) – Seramai 30 individu kurang berkemampuan menerima sumbangan menerusi Program Penyerahan Bakul Rahmah di Taman Awam Lawas, semalam, sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup golongan memerlukan.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Daerah Lawas itu merupakan inisiatif berterusan kerajaan bagi menyalurkan bantuan keperluan asas, sekali gus membantu mereka menguruskan perbelanjaan harian.

Ahli Parlimen Lawas Dato’ Henry Sum Agong berkata, pelaksanaan Program Bakul Rahmah membuktikan komitmen kerajaan untuk terus menyantuni rakyat terutama yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Program seperti ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan golongan yang memerlukan terus menerima bantuan dan tidak tercicir daripada menikmati manfaat yang disediakan,” katanya ketika menyempurnakan majlis berkenaan.

Setiap penerima membawa pulang bakul berisi barangan asas seperti beras, gula dan telur yang diharap dapat mengurangkan sedikit beban perbelanjaan isi rumah.

Henry turut berharap inisiatif tersebut dapat diteruskan secara konsisten bagi memperluas jaringan bantuan kepada komuniti.

“Kita berharap bantuan sebegini dapat diteruskan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjamin dan beban kos sara hidup dapat dikurangkan dengan lebih efektif,” tambahnya.

Sementara itu, inisiatif berkenaan disambut baik oleh para penerima yang menyifatkan bantuan tersebut tepat pada masanya, selaras dengan matlamat kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira latar belakang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda