Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

80 Peserta Pelbagai Agensi Sertai Konvoi [email protected]

By 18 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: U. Prakash (Daerah Timur Laut)

AIR ITAM, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada 30 anggota sukarelawan dari SKUAD Antidadah AADK Timur Laut, Jawatankuasa Pemulihan Dadah AADK Timur Laut, Jawatankuasa Rumah Komuniti AADK Timur Laut, Kawasan Rukun Tetangga Kampung Melayu dan Medan Angsana menyertai Konvoi [email protected] bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan yang bermula dari Pusat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Melayu di sini.

Program dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut, Lim Miow Juang.

Program dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut, Lim Miow Juang.

Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut Lim Miow Juang, berkata kembara ini membabitkan 50 peserta dengan 8 buah kenderaan daripada Jabatan penerangan (JaPen) Malaysia Pulau Pinang dan AADK Daerah Timur Laut.

“Program ini dianjurkan untuk memperingati hari kemerdekaan ke-63 tahun dan melahirkan semangat patriotik serta cintakan negara dikalangan rakyat Malaysia,” katanya ketika merasmikan majlis, di sini minggu lalu.

Bantuan jalinan kasih diberikan kepada Orang Kena Pengawasan (OKP) AADK.

Bantuan jalinan kasih diberikan kepada Orang Kena Pengawasan (OKP) AADK.

Ketua Pegawai AADK Timur Laut, Puan Lalithawathy Kunaseelan berkata, Konvoi yang merangkumi beberapa lokasi di Kadun Air Itam menyemarakkan rasa keterujaan kita sebagai rakyat Malaysia yang sedang meraikan bulan kemerdekaan.

“Kita sama-sama mahu menghayati semangat Rukun Negara yang menjadi tonggak perpaduan dalam amalan hidup masyarakat.

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Ketua Konvoi, U.Prakash kepada anggota Balai Polis Air Itam.

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Ketua Konvoi, U.Prakash kepada anggota Balai Polis Air Itam.

“Program seperti ini dapat menaikkan semangat perpaduan serta saling menghormati antara satu sama lain disamping mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada kerajaan.

“Program seperti ini dilaksanakan dengan kerjasama JaPen dan AADK supaya dapat mewujudkan komuniti yang prihatin dengan permasalahan dadah bagi menjadikan persekitaran komuniti yang lebih selamat serta dapat menghindari mereka daripada gejala kurang sihat dan pelencongan sosial,” katanya.

Bantuan jalinan kasih diberikan kepada Golongan B40.

Bantuan jalinan kasih diberikan kepada Golongan B40.

Barisan Konvoi Merdeka@Komuniti kembara dalam kawasan Air Itam.

Barisan Konvoi [email protected] kembara dalam kawasan Air Itam.

Selain itu, bagi menyemarak semangat kemerdekaan di sini, Jalur Gemilang, risalah JaPen dan pelitup muka diedarkan kepada orang awam di Pasar Awam Air Itam. Program ini juga disusuli dengan penyerahan bantuan barangan keperluan asas kepada 10 orang dari kategori golongan B40 dan 10 bantuan ikhlas kepada Orang Kena Pengawasan AADK Timur Laut.

Suasana Majlis Merdeka@Komuniti di Pusat KRT Kg Melayu Air Itam anjuran JaPen Daerah Timur Laut.

Suasana Majlis [email protected] di Pusat KRT Kg Melayu Air Itam anjuran JaPen Daerah Timur Laut.

Turut hadir bersama Penghulu Parlimen Bukit Gelugor Daerah Timur Laut Mohd. Nasrizal Nasib, Pegawai Perpaduan Daerah Timur Laut Ahmad Puat Junus, Penolong Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Asma Amanina Aziz.

-ii-

Tinggalkan komen anda