Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

82 Kes Baharu, Jumlah Tertinggi di Sabah

By 27 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Sabah kekal mencatatkan jumlah tertinggi kes baharu COVID -19 negara dengan 64 kes direkodkan daripada 82 kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 79 kes penularan tempatan dan tiga kes import, menjadikan kes terkumpul wabak itu mencecah  10,769 dengan 133 kematian.

“Daripada 79 kes penularan di dalam negara, 53 kes melibatkan warga tempatan dan 26 kes bukan warganegara.

Daripada 64 kes yang berlaku di Sabah, 33 kes daripada Kluster Benteng LD, 25 kes daripada Kluster Bangau-Bangau, tiga kes saringan bergejala, satu kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa pulang dari Semenanjung, satu kes penyakit seperti selesema (ILI) di Klinik Kesihatan Tawau dan satu saringan kemasukan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata 15 lagi kes penularan tempatan melibatkan tiga kes di Negeri Sembilan iaitu dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan satu kes saringan ke luar negara, tiga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu  kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Di Selangor pula terdapat dua kes penularan tempatan, masing-masing melibatkan satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan satu saringan tahanan, manakala Terengganu merekodkan dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah), katanya.

Sementara itu, Pahang, Johor dan Melaka masing-masing mencatatkan satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah), manakala Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing merekodkan satu kes saringan petugas kesihatan.

Dr Noor Hisham berkata tiga kes import melibatkan individu yang masing-masing pulang dari  Yaman, Bangladesh dan Filipina.

Katanya, sebanyak 89 kes telah pulih hari ini, manakala lapan kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan dan tiada kematian dilaporkan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda