Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: 11 Kes Baharu, Tiga dari Kluster Baharu

By 5 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 5 Sep (Malaysiaaktif) РSebanyak 11 kes baharu COVID-19 direkodkan dengan tiga daripadanya dikesan daripada kluster baharu iaitu Kluster Depot Tahanan Imigresen Semenyih 2.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes indeks kluster ini merupakan seorang tahanan yang bakal dihantar balik ke negara asal yang dikesan positif  sebaik disaring untuk COVID-19 di klinik kesihatan pada 27 Ogos lalu.

“Kes kedua dan ketiga daripada kluster berkenaan membabitkan pegawai imigresen di depoh¬†itu masing-masing dari Selangor dan Negeri Sembilan¬†yang mengiringi kes indeks¬†ke klinik kesihatan bagi¬†saringan berkenaan.

‚ÄúMereka adalah dua daripada empat pegawai imigresen yang mengiringi¬†kes indeks. Susulan itu pengesanan kes secara aktif¬†dan saringan kontak rapat telah dijalankan,‚ÄĚ katanya dalam satu kenyataan,¬†semalam.

Dr Noor Hisham berkata sehingga hari ini, seramai 269 orang telah disaring, selain tiga kes positif terbabit, 123 lagi didapati negatif dan 143 masih menunggu keputusan.

Menurutnya, kesemua yang disaring di bawah kluster berkenaan melibatkan 134 tahanan, 129 kakitangan depoh dan enam ahli keluarga kakitangan.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan. Langkah¬†pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih.

Beliau berkata, kesemua kes baharu yang dikesan hari ini menjadikan keseluruhan kes positif dalam negara sebanyak 9,385 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 165 kes.

Beliau berkata sebanyak sembilan kes pulih daripada COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang telah pulih sepenuhnya sebanyak 9,092 kes dan tiada pertambahan kes kematian dilaporkan.

Selain tiga kes positif berkenaan yang merupakan kes penularan dalam negara, Dr Noor Hisham berkata satu lagi kes penularan dalam negara dikesan daripada Kluster Telaga di Kedah, menjadikan kes positif keseluruhan kluster berkenaan sebanyak lapan kes.

Selebihnya, iaitu sebanyak tujuh dari 11 kes baharu yang dikesan dalam negara merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara dan lima bukan warganegara, iaitu lima daripadanya adalah kes import dari India, Arab Saudi (satu) dan United Kingdom (satu).

“Kementerian menyeru anggota¬†barisan hadapan dari pelbagai agensi yang menguruskan kes positif COVID-19, kes yang disyaki positif serta kes masih di dalam siasatan¬†supaya mengambil langkah¬†pencegahan pada setiap masa sepanjang pengurusan kes-kes ini.

‚ÄúIni termasuk¬†pemakaian peralatan perlindungan peribadi¬†(PPE) dengan betul serta bersesuaian, penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan amalan kebersihan tangan yang optimum,‚ÄĚ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda