Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Petrol RON95, RON97 Turun 1 Sen, Diesel Tidak Berubah

By 5 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun satu sen, manakala diesel tidak berubah bagi tempoh 5 hingga 11 Sept.

Menurut Kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan kepada harga mingguan runcit bagi produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baru seliter bagi RON95 ialah RM1.71, RON97 (RM2.01) dan diesel (RM1.78)

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan tersebut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda