Skip to main content
HomePutrajaya

JENDELA Pertingkat Jaringan Internet Seluruh Negara

By 4 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 4 Sep (Malaysiaaktif)Ā – Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan mempertingkatĀ jaringan internet di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata JENDELA kini memasuki fasa mempercepatkan jaringan daripada rangkaian 2G dan 3G kepada 4G, manakala fasa kedua adalah untuk melaksanakanĀ rangkaian 5G.

“Program yang kita panggil JENDELA adalah untuk kita lengkapkan jaringan internet di seluruh negara,ā€ katanya kepada media selepas merasmikanĀ program Tanjak Merdeka, di siniĀ hari ini.

Pada 29 Ogos lepas, Perdana MenteriĀ Tan Sri Muhyiddin YassinĀ  berkata kerajaan membangunkan pelan infrastruktur digital dikenali sebagai JENDELAĀ dalam usaha menambah baikĀ komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025).

Pelan itu akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggiĀ serta mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap.

Mengulas isu timbalannya DatukĀ Zahidi Zainul Abidin yang dilaporkan tersilapĀ memberi jawapan di Dewan Negara semalam mengenaiĀ pelajar Veveonah Mosibin yang memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet,Ā Saifuddin berkata pembetulan mengenai perkara itu akan dibuat pada sidang Dewan Negara.

“Timbalan menteri telah segera mengaku kesilapan dan telah membuat permohonan maaf secara terbuka… beliau akan perbetulkannya di Dewan Negara sekali lagi,” katanya.

Semalam, Zahidi memohon maaf melalui hantaran di Facebook rasminya dan mendakwa mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet.

Zahidi dilaporkan media sebagai berkata hasil siasatan kementerian mendapati Veveonah sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam, namunĀ Veveonah dalam laporan sebuah portal kemudiannya menafikan kenyataan Zahidi dan mendakwa dia memang mengambil peperiksaan seperti dalam video itu.

Jun lepas, video Veveonah seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan akses internet bagi menjawab peperiksaan dalam talian menjadi tular di media sosial

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda