
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 22 Sep (Malaysiaaktif) –Ā Kes baharuĀ COVID-19 mencatat sedikit peningkatan kepadaĀ 57 kes berbanding 52 semalam, denganĀ 51 jangkitan tempatan dan enam kesĀ import.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,Ā Ā SabahĀ kekal sebagai negeri yang mencatat kes tertinggi dengan 49 kes termasuk 14 kes daripada Kluster Pulau, 12 daripada Kluster Selamat, lima kes masing-masing daripada Kluster Benteng Lahad Datu dan kluster baharu iaitu Kluster Kuarters di Tongod.
Lain-lain ialah masing-masing dua kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Hospital Queen Elizabeth), saringan bergejala (Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Lahad Datu), saringan tahanan lokap di Beaufort, dan saringan pelatih pusat rehabilitasi.
Selain itu, satu kes masing-masing kes saringan prapembedahan, kes influenza-like illness, kes saringan kontak rapat, kes saringan petugas kesihatan (Lahad Datu) dan kes saringan rujukan ke Hospital Tawau.
“Dua lagi kes tempatanĀ melibatkan masing-masing satu kes daripada Kluster Sungai, Kedah yang melibatkan warganegara dan satu kes saringan pra pembedahan Hospital Kuala Lumpur yang melibatkan warga asing,ā katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19Ā semalam.
MemperincikanĀ lanjut mengenai kes baharu hari ini Dr Noor Hisham berkataĀ daripada 51 kes penularan di dalam negara, 45 kes melibatkanĀ wargaĀ Malaysia dan enam kes adalah bukan warganegara.
Sementara itu, kes import pula melibatkanĀ mereka yang pulangĀ dari Indonesia (3Ā kes) dan masing-masing satu kes dariĀ United Kingdom, Pakistan dan Zambia.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini sebanyak 10,276Ā dengan kes aktif berjumlah 751 sementara kematian kekal 130 kes.
Sementara itu, terdapat 40 kes pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kumulatif pulih sebanyak 9, 395 atau 91.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
— BERNAMA