Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jalur Gemilang Berkibar Megah di Lautan

By 9 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad/Othman Ariff (Yan)

YAN, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 15 bot nelayan dan pelancongan di daerah ini memeriahkan kawasan perairan Yan dengan kibaran Jalur Gemilang.

Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Wira Ku Abdul Rahman Ku Ismail, menyeru kepada masyarakat terutama golongan muda untuk mengambil tahu sejarah dan rentetan kemerdekaan agar semangat cintakan negara terus subur pada setiap masa, tidak hanya pada bulan kemerdekaan sahaja.

“Saya berasa bangga dengan penyertaan bot–bot pada hari ini kerana ianya amat sinonim dengan identiti baharu Daerah Yan sebagai Daerah Pelancongan Desa yang terkenal dengan keunikan, keindahan semulajadi pulau-pulau yang pastinya akan merangsang industri pelancongan khususnya di Negeri Kedah.

Antara bot-bot yang dipertandingkan.

Antara bot-bot yang dipertandingkan.

“Atas semangat patriotisme yang tinggi, pengusaha bot ini sanggup berbelanja besar menghias cantik bot masing-masing demi menjayakan program ini yang menggambarkan rasa cinta pada negara,” katanya ketika ditemui sempena program Merdeka@Komuniti, di sini semalam.

Dalam pada itu, pertandingan hiasan Jalur Gemilang dan bendera negeri mengikut kreativiti masing-masing turut diadakan.

Pemenang pertandingan hiasan bot tercantik dimenangi Mohd Khairul Izwan Samsudin, 34, yang mengambil masa selama dua hari untuk menghiasi botnya.

“Saya berasa bangga dapat menyertai konvoi pada kali ini dan saya tidak kisah berbelanja kerana semangat sayangkan Malaysia,” ujarnya ketika ditemui.

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda