Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Norma Baharu Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Pahang

By 2 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN,  2 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur tahun ini tetap meriah walaupun disambut dalam suasana norma baharu dengan membawakan konsep persembahan lampu dan bunyi.

Sambutan pada tahun ini agak berbeza pada tahun sebelumnya kerana diadakan secara tertutup dan tiada sebarang perarakan dan hanya disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Kerajaan Negeri Pahang.

Demonstrasi tempur tanpa senjata (TTS) yang dilakukan 58 penuntut kursus asas TTS Siri 16/2020 Empat Kompeni KPTD (Mekanize).

Demonstrasi tempur tanpa senjata (TTS) yang dilakukan 58 penuntut kursus asas TTS Siri 16/2020 Empat Kompeni KPTD (Mekanize).

Kerajaan Negeri Pahang turut mengadakan kuiz Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang 2020 sepanjang sesi facebook live berlangsung dan menyediakan pelbagai hadiah menarik kepada para pemenang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat pada Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur yang diadakan di Stadium Sukpa, Indera Mahkota.

Hadir sama pada sambutan tersebut ialah Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Sambutan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Sambutan pada hari tersebut dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormat utama oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang dan antara persembahan yang diadakan ialah demonstrasi tempur tanpa senjata (TTS) yang dilakukan 58 penuntut kursus asas TTS Siri 16/2020 Empat Kompeni KPTD (Mekanize).

Persembahan artis tempatan Ernie Zakri dan Harry Khalifah memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang 2020.

Persembahan artis tempatan Ernie Zakri dan Harry Khalifah memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang 2020.

Manakala pasukan daripada 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) turut membuat persembahan pentomin atau lakonan semula sejarah ketika Operasi Indera bagi menentang pengganas komunis di Sungai Chalit, Raub.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut membuat persembahan pancaragam dan nyayian manakala, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula mengadakan pertunjukkan kawad senyap bersama senjata.

Antara persembahan lain yang dibawakan pada sambutan ini ialah persembahan daripada dua orang artis tanah air iaitu Ernie Zakri dan Harry Khalifah, persembahan tarian daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang dan beberapa lagi persembahan lain.

-KN

Tinggalkan komen anda