Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PSMB Cari Penyedia Latihan Jayakan PENJANA HRDF

By 6 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB) sedang mencari rakan kongsi penyedia latihan berkelayakan bagi menjayakan Inisiatif Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRFD), kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Katanya, melalui inisiatif itu, latihan akan diberikan kepada golongan yang berkenaan bagi penempatan pekerjaan, keusahawanan, golongan bekerja sendiri dan revolusi industri yang didorong oleh pasaran Revolusi Industri 4.0.

“Program (latihan) ini sebahagian daripada rancangan pemulihan ekonomi COVlD-19 secara jangka pendek dan sederhana.

“Saya juga telah berbincang dengan Ketua Eksekutif PSMB untuk membawa program ini terus ke kawasan luar bandar seperti daerah Kinabatangan,” katanya ketika merasmikan Mini Karnival Kerjaya Kinabatangan, semalam.

Saravanan berharap masyarakat merebut peluang program latihan yang disediakan untuk meningkatkan kemahiran.

Beliau juga gembira dengan usaha yang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah untuk mengadakan program santun masyarakat ke kawasan perkampungan bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan jabatan itu kepada penduduk kampung.

“JTK Sabah bersama semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia akan membawa perkhidmatan mereka ke kawasan-kawasan yang terpencil untuk menyampaikan perkhidmatan.

“Selain membawa perkhidmatan di bawah Kementerian Sumber Manusia, program ini juga membawa bersama para majikan yang ingin menggaji pekerja, untuk ditawarkan kepada belia-belia dan mereka yang memerlukan pekerjaan,” katanya.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda