Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Malaysia Catat Enam Kes Baharu Termasuk Dua Penularan Tempatan

By 6 September 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Kes positif COVID-19 kembali mencatatkan satu angka dengan enam kes baharu yang merangkumi dua kes penularan dalam negara dan empat kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua kes penularan dalam negara itu melibatkan warga tempatan iaitu masing-masing penambahan satu kes baharu daripada Kluster Telaga dan kes ‘Severe Acute Respiratory Infection’ (SARI) di Hospital Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata empat kes import pula dilaporkan di Wilayah Persekutuan yang masing-masing mendapat jangkitan di Pakistan, Angola, India dan Bangladesh,  melibatkan dua warga tempatan dan dua rakyat asing.

“Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,391 kes serta jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 150 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19, semalam.

Katanya, terdapat 21 kes pulih daripada COVID-19, menjadikan  jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 9,113 kes  atau 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat lima kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan semalam dan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 128 atau 1.36 peratus daripada keseluruhan kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda