Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

RON95, RON97 Naik Lima Sen, Diesel Naik Empat Sen

By 26 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik lima sen seliter, manakala diesel naik empat sen, bagi tempoh 26 Sept hingga 2 Okt ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68, RON97 (RM1.98) dan diesel (RM1.71).

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda