Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Semangat Patriotisme Perlu Terus Utuh

By 8 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Sheik Amilhisham Sheik Hashim/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2020, Pejabat Penerangan Daerah Jelebu bersama-sama Majlis Daerah Jelebu telah melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2020 Peringkat Daerah Jelebu, semalam.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu, Abdul Rahim A. Aziz berkata, sebagai warganegara Malaysia, semangat patriotisme perlu terus dipupuk dan disemai dalam kalangan rakyat daripada pelbagai latar belakang.

“Jalur Gemilang perlulah dikibarkan diseluruh tempat dalam menzahirkan semanagat patriotisme yang ada dalam diri setiap daripada kita,” ujarnya.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu, Abdul Rahim A. Aziz ketika berucap.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu, Abdul Rahim A. Aziz ketika berucap.

Tambah beliau, setiap kali tibanya bulan kebangsaan, fokus kita tertumpu kepada dua acara iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang mana dua acara penting ini memerlukan seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dalam mengamalkan norma baharu sekaligus membanteras COVID-19.

“Rakyat juga perlulah bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan Negara serta merapatkan segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial dalam kalangan kaum agar kita semua dapat saling menikmati erti sebenar kemerdekaan,” katanya.

Turut hadir, Ketua-ketua Jabatan dan Ahli Majlis Daerah Jelebu.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda