Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Tema Hari Kebangsaan Angkat Keprihatinan Kerajaan kepada Rakyat – Mohd Akmal

By 17 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Amirulfarhan Mohd Daud/Khairul Nazrie Mat Nayan (Kinta)

KINTA, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Tema Malaysia Prihatin pada tahun ini amat bertepatan dengan situasi semasa apabila bukan saja negara ini bahkan seluruh dunia menghadapi ujian getir ekoran pandemik COVID-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak Mohd Akmal Kamarudin, logo Malaysia Prihatin itu sendiri menggambarkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat.

“Kita dapat lihat semua pihak tidak kira peringkat berusaha bersungguh-sungguh dalam menghadapi wabak ini.

“Kerajaan juga berusaha untuk membantu rakyat dengan memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan keresahan yang dihadapi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Bual Bicara Malaysia Prihatin sempena Program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Kinta di Restoran Terapung Anak Perak, di sini semalam.

Mohd Akmal menambah kerajaan negeri juga mengambil inisiatif ini dengan membelanjakan lebih RM100 juta untuk membantu rakyat.

“Antaranya kerajaan telah membelanjakan lebih RM3 juta untuk membantu sekolah-sekolah yang bergantung kepada yuran belajar untuk membayar gaji para guru,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda