Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

‘Trash Warrior’ Wira yang Tidak Didendang

By 28 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Alor Gajah)

MELAKA, 28 Sep (Malaysiaaktif) – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) buat julung kalinya menganjurkan Program World Cleanup Day Peringkat Negeri (WCD) 2020 yang diadakan di Tanjung Dahan, Kuala Linggi baru-baru ini.

Exco Perpaduan, Perhuhubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Datuk Ismail Othman merangkap ADUN Kuala Linggi yang mewakili Ketua Menteri Melaka, dalam ucapannya memuji usaha murni pihak SWCorp kerana dapat mengumpulkan para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan penduduk tempat bagi bersama-sama menggembleng tenaga membersihkan kawasan sekitar.

“Seramai 300 sukarelawan yang digelar ‘Trash Warrior’ telah mengumpulkan sisa sampah dan sisa sampah yang berjaya dikumpulkan telah diaudit supaya tabiat membuang sampah serta lokasi paling kerap sampah dibuang dapat dikenal pasti.

“Semoga usaha murni seperti ini dapat dipergiatkan lagi dengan penglibatan lebih ramai pihak demi menjaga kelestarian alam serta kelangsungan biodiversiti,” ujar Ismail.

Dalam pada itu, Program World Cleanup Day dijalankan serentak seluruh negara di 44 lokasi di negeri yang mengguna pakai Akta 672 iaitu Perlis, Kedah, Pahang, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ketika Majlis Perasmian.

Ketika Majlis Perasmian.

Tinggalkan komen anda