Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanSelangor

MPS Lancar Buku Panduan Batu Caves

By 28 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 28 Sep (Malaysiaaktif) -Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melancarkan Buku Panduan Batu Caves sebagai bahan rujukan yang berguna kepada semua lapisan masyarakat.

Yang Di-Pertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, berkata buku mengandungi 116 muka surat itu akan diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) untuk rujukan awam.

“Buku ini mengandungi penerangan dan maklumat saintifik tentang kepelbagaian biodiversiti, spesis flora serta fauna yang hidup di Batu Caves dan kajian-kajian lain.

“Ianya hasil kajian penyelidikan serta ditulis ahli-ahli Persatuan Pemuliharaan Gua dan Kars Malaysia (MCKC) diketuai Dr Ruth Kiew, Dr Ros Fatihah dan Dr Atiqah.

Ahli panel yang menyertai Simposium Ekspedisi Saintifik Batu Caves sedang membincangkan kepentingan menjaga nilai sejarah bukit batu kapur di pinggir Kuala Lumpur itu.

Ahli panel yang menyertai Simposium Ekspedisi Saintifik Batu Caves sedang membincangkan kepentingan menjaga nilai sejarah bukit batu kapur di pinggir Kuala Lumpur itu.

“Saya berharap ianya dapat dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada semua lapisan masyarakat,” katanya semasa merasmikan Program Simposium Ekspedisi Saintifk Batu Caves anjuran MCKC di PPAS Daerah Gombak, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Abdul Rahim Kasdi dan Presiden MCKC, Profesor Dr Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad.

Menurutnya, program tersebut merupakan platform yang terbaik dalam memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai fungsi biodiversiti batu kapur di Batu Caves.

“Melalui program ini, ianya dapat memberi kesedaran tentang pentingnya memelihara dan memulihara nilai sejarah dan budaya yang tersimpan di Batu Caves untuk generasi akan datang.

“Simposim ini turut memberi penumpuan kepada kepentingan keselamatan dan keperluan untuk zon mampan,” katanya.

Shamsul berkata, MPS sedang dalam proses merangka untuk menyediakan Pelan Pengurusan Gua di bawah Program Pemurniaan Pelancongan Selangor (PS3).

-NAZ

Tinggalkan komen anda