Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

213 Asnaf dan Fakir Terima Sumbangan Maulidur Rasul

By 31 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)/Jabatan Agama Islam Melaka

MELAKA, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan QSR Brands Holdings Sdn Bhd mengambil inisiatif menganjurkan program Ziarah PrihatinĀ bertujuan menyantuni golongan asnaf di sekitar negeri ini.

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, berkata walaupun negara mengalami pandemik COVID -19 yang semakin meningkat saban hari namun sambutan Maulidur Rasul tetap diteruskan dalam skala kecil bagi menzahirkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

ā€œSegala usaha murni yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan mahupun swasta dalam menganjurkan program ini disokong sepenuhnya malah sasaran 213 orang Asnaf Fakir dalam negeri Melaka bagi menerima sumbangan adalah satu permulaan dalam menyantuni golongan asnaf dan akan diteruskan dalam fasa seterusnya bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa dalam keprihatinan semua,” katanya semasa merasmikan program tersebut, di siniĀ kelmarin.

Sesi Pelepasan Ziarah Prihatin oleh Ketua Menteri Melaka.

Sesi Pelepasan Ziarah Prihatin oleh Ketua Menteri Melaka.

Perkara ini disokong oleh Timbalan Pengerusi MAIM Md Rawi Mahmud, yang mengatakan program ini tetap dianjurkan walaupun Sambutan Maulidur Rasul tidak dapat diadakan secara besar-besaran.

ā€œUntuk makluman semua, semua petugas dari agensi yang terlibat akan ke lokasi-lokasi terpilih dalam negeri Melaka ini bagi menghulurkan sumbangan serta manyantuni golongan asnaf ini kepada satu tahap yang membanggakan selari dengan sunnah nabi yang sentiasa mengeratkan persaudaraan sesama insan dan kita harus mencontohi akhlak baginda,’’ katanya.

Bertemakan ā€˜ā€™Ummah Rabbani, Negara Harmoniā€˜ā€™ dalam suasana norma baharu,Ā turut hadir Mufti Kerajaan Negeri Melaka Abd Halim Tawil, Pengarah JAIM Md Azhan Samat, Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Mohd Azam Ahmad dan Setiausaha MAIM Muhammad Ikram Ibrahim.

-KN

Tinggalkan komen anda