Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

374 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Lepasi 15,000

By 11 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga digit untuk 10 hari berturut-turutĀ dengan 374 kes, sekali gus menyaksikanĀ jumlah keseluruhan melepasi angka 15,000 kepadaĀ 15,096.

Ketua PengarahĀ Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga meningkat kepada 4,161 kes, selainĀ terdapat tiga lagi kematianĀ dilaporkan.

Jelasnya, Sabah kekalĀ merekodkanĀ kes baharu tertinggi denganĀ 277 kes,Ā susulan lebih banyak aktiviti saringan dijalankan terutama di pelbagai daerahĀ yang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)Ā dan PKPD secara pentadbiran.

ā€œDi Selangor terdapatĀ 44 kes, diikuti KedahĀ dengan 27 kes yang kesemuanya melibatkan Kluster Tembok, sementara Sarawak (sembilan), Wilayah PersekutuanĀ Kuala Lumpur (empat) dan tigaĀ di Pulau Pinang.

ā€œSementara itu masing-masingĀ duaĀ kes di Johor, Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan, selainĀ satu kes di Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,ā€ katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Ā semalam.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu, 372 kes adalah penularan tempatan manakala hanya dua kes import, masing-masing melibatkan warganegara dan rakyat asing yang pulang dari Filipina.

Sementara itu, menerusiĀ ciapan Twitter Dr Noor Hisham beliau berkata, keupayaan Malaysia untuk menjalankan ujian Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR)Ā sebanyak 41,354 ujian sehari adalah setandingĀ dengan negara lain.

ā€œBuat masa ini, Malaysia menjalankan 51.96 ujian bagi 1,000 penduduk. Ini adalah lebih tinggi dariĀ Korea Selatan, Jepun dan Thailand,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda