Skip to main content
HomePutrajaya

Bekas Pesakit COVID-19 Dijemput Sertai Penyelidikan Perubatan – KP Kesihatan

By 14 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: FB Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Rakyat negara ini yang pernah dijangkiti virus COVID-19 dijemput menyertai penyelidikan perubatan bertajuk: Kajian Membujur tindak balas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit COVID-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kajian ini penting bagi mengetahui paras antibodi neutralisasi (imuniti) dalam darah yang boleh menghalang kuman COVID-19 daripada menjangkiti pesakit yang pernah dijangkiti sebelum ini.

“Penyelidikan ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM (NMRR-20-1676-55108),” katanya menerusi  Facebook.

Beliau berkata keterangan lanjut mengenai perkara itu, boleh menghubungi Dr Rafiza Shaharudin ([email protected]) atau telefon: 03-33627753 dan Dr Masita Arip ([email protected] ) atau telefon: 03-33627735.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda