Skip to main content
HomePutrajaya

Individu, PKS Masih Boleh Berunding Dengan Bank Mengenai Pinjaman – Muhyiddin

By 14 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh mengadakan rundingan dengan institusi kewangan bagi mendapatkan bantuan yang diperlukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata bank-bank-bank akan terus memberi bantuan terhadap bayaran pinjaman mereka sehingga tahun hadapan berdasarkan keperluan dan keadaan kewangan pemohon.

“Jadi kalau ada kes pihak individu atau PKS terbabit, nasihat saya ialah masih boleh mengadakan perbincangan dengan institusi kewangan,” katanya pada sidang media khas di kediaman beliau, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang kemungkinan kerajaan melanjutkan lagi moratorium berdasarkan situasi semasa.

Muhyidin berkata hampir 98 peratus yang memohon moratorium telah diluluskan, daripada jumlah itu sekitar 40 peratus telah diberikan lanjutan melalui moratorium bersasar, manakala 60 peratus dibantu dengan pengurangan ansuran bulanan.

Penangguhan pembayaran pinjaman perumahan dan sewa beli kenderaan, atau lebih dikenali sebagai moratorium, yang dinikmati sejak April berakhir pada September lalu.

Bagaimanapun, pada Julai kerajaan mengumumkan moratorium lanjutan dan bantuan bank secara bersasar.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda