Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Hampir Semua Negeri Catat Kes Baharu

By 1 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Hampir semua negeri mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 12 tengah semalam, dengan jumlah kes sebanyak 89.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 86 kes merupakan penularan tempatan sekali gus menjadikan jumlah kes positif ialah 11,224 dengan kebolehjangkitan 1,121 kes.

Memperincikan kes baharu tersebut, Sabah mencatat 35 kes, Kedah (13), Selangor (10), Johor (lapan), Sarawak (empat), Kuala Lumpur (tiga), Terengganu (tiga), Pahang (dua), Kelantan (dua), Perlis (dua), Negeri Sembilan (satu), Perak (satu), Pulau Pinang (satu) dan Labuan (satu).

Bagi tiga kes import, ia melibatkan dua dari Belanda dan satu dari Indonesia, masing-masing di Kuala Lumpur.

“Daripada 86 kes tersebut (jangkitan tempatan), sebanyak 25 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept adalah sebanyak 88 kes,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Dr Noor Hisham berkata terdapat dua kematian berkaitan COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif 136 kes.

Beliau turut memaklumkan terdapat 28 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih ialah 9,967 kes manakala 16 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda