Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Ibu Tunggal di Sabah Diseru Mohon BKIT Sebelum 31 Oktober 2020

By 8 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eviannie Kin (Sabah)/Jabatan Pembangunan Wanita Sabah

KOTA KINABALU, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Ibu tunggal khususnya di Sabah yang masih belum membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) diseru untuk mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober ini.

Menurut Pegawai Penyelaras BKIT Negeri Sabah di bawah Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Siti Marnizah Abdul Rahim, setakat 9 September lepas, hanya 2,538 permohonan yang berjaya dan pembayaran telah dibuat kepada pemohon yang layak.

“BKIT adalah satu bantuan khas kepada ibu tunggal yang berada di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri 5 Jun lepas.

“Permohonan BKIT telah bermula pada Jun 2020 dan akan tamat pada 31 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelas beliau, bantuan ini sepenuhnya di bawah Kerajaan Persekutuan iaitu di bawah Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Tambah Siti, ibu tunggal yang ingin membuat permohonan boleh merujuk atau menghubungi terus pegawai Jabatan Pembangunan Wanita di seluruh Sabah.

“Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi https://www.jpw.gov.my/ atau dapatkan borang kemudian isi lengkap dan dihantar terus ke Pejabat Kebajikan Daerah berdekatan atau Pejabat Cawangan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) di Tingkat 1 Wisma UTC Kota Kinabalu,” kata Marnizah.

-SH

Tinggalkan komen anda