Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Keseluruhan Positif COVID-19 Kini Lebih 20,000

By 19 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 19 Okt (Malaysiaaktif) РJumlah kes baharu harian COVID-19 di Malaysia mencatatkan rekod tertinggi sejak pandemik itu melanda negara dengan 871 kes dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan sebanyak 20,498 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus tersebut pada 7,049 kes.

Beliau berkata tujuh kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari, menjadikan kes kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu setakat ini 187 kes.

Bagaimanapun, Malaysia melaporkan berita baik dengan kes pulih harian tertinggi pada 701 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 13,262 kes atau 64.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sebanyak 97 kes (11.1 peratus) pada hari ini ialah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman, Kluster Penjara Seberang Perai dan Kluster Penjara Kepayan. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 702 kes (80.6 peratus),” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini¬†semalam.

Dr Noor Hisham berkata daripada 871 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara termasuk tiga warganegara, yang semuanya di Selangor iaitu masing-masing dua kes dari India dan Nepal serta satu dari Singapura.

‚ÄúDaripada 866 kes penularan di dalam negara, dua¬†kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept¬†2020 sebanyak 443 kes,‚ÄĚ katanya.

Memperincikan jumlah kes penularan dalam negara, beliau berkata selain Sabah dengan 702 kes, Selangor (72), Pulau Pinang (45), Perak (10), Labuan dan Kedah (masing-masing 9 kes), Kuala Lumpur (7), Sarawak (5), Negeri Sembilan (3), Terengganu (2), manakala Johor serta Melaka masing-masing satu kes.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga mengenal pasti empat kluster baharu, menjadikan kluster aktif di Malaysia setakat ini sebanyak 85.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda