Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kilang Plastik di Rawang Hangus Terbakar

By 31 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JBPM

KUANG, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Sebuah kilang plastik di Jalan Kampung Orang Asli Kuang, Rawang musnah dalam kejadian kebakaran semalam.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.21 petang.

Katanya, tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, Sungai Buloh, Bestari Jaya, Rawang, Subang, Sungai Pinang dan Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang proses bahan plastik bangunan kelas A berkeluasan 120,000 kaki persegi yang terbakar 100 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 11.38 malam, namun tiada mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemadaman masih lagi dilakukan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

-SH

Tinggalkan komen anda