Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePerak

Tugas Perangi COVID-19 Tanggungjawab Semua – Tarmizi

By 31 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)/Muhammad Irfan Azman Tuah (Ipoh)

GERIK, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Tanggungjawab dalam memerangi pandemik COVID-19 bukan sahaja digalas oleh pasukan pengamal perubatan bahkan seluruh anggota masyarakat harus berganding bahu dalam perjuangan membebaskan negara daripada virus ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kenering Datuk Mohd Tarmizi Idris, berkata biarpun sebelum ini amalan membudayakan norma baharu adalah janggal dalam kehidupan seharian namun bagi memerangi pandemik yang kian menular ini mahu atau tidak masyarakat perlu mempraktikkannya.

“Tujuan program hari ini diadakan juga adalah untuk menuntut kita agar berubah menjadi masyarakat yang prihatin dalam memerangi wabak yang kian menular dari hari ke hari,” katanya ketika berucap pada Program Sepakat@Komuniti Pembudayaan Norma Baharu Hulu Perak di Masjid Felda Lawin, di sini semalam.

Forum ceramah disampaikan oleh Datuk Mohd Kazim Elias.

Forum ceramah disampaikan oleh Datuk Mohd Kazim Elias.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Perak Hasan Ashaari Abu Bakar, berkata kempen ini bukan sahaja dilaksanakan di tempat awam malah dalam komuniti kariah masjid.

“Kebiasaannya kita menjemput pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kesihatan dalam memberi pencerahan berkenaan kempen yang dijalankan ini namun ceramah agama juga tidak ketinggalan dijalankan agar penerangan berkaitan kempen ini dijelaskan dari seluruh aspek kehidupan manusia.

“Melalui medium ceramah keagamaan yang disampaikan secara bersemuka hari ini diharap dapat memupuk diri untuk mempertingkat penjagaan kebersihan diri dan mengamalkan norma baharu demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Forum ceramah berkenaan kempen pembudayaan norma baharu disampaikan oleh pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias.

-SH

Tinggalkan komen anda