Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanMA

Majlis Jaringan Strategik KKMM Negeri Kelantan Bentuk Muafakat Dengan Kerajaan Negeri

By 20 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Saufi Ab. Ghani/Siti Meriam Mohamad

KOTA BHARU, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Kelantan bersama Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang diketuai oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan telah menjalinkan kerjasama untuk mengorak langkah bagi memperkasakan sistem penyampaian dasar-dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri kepada seluruh rakyat di Negeri Kelantan.

Hampir 30 tahun kerajaan negeri Kelantan bergerak sendiri dalam usaha untuk memasarkan maklumat berkaitan dasar kerajaan negeri kepada rakyat Kelantan, dengan kerjasama yang terjalin membolehkan sistem penyampaian dasar-dasar kerajaan berjalan dengan lebih efektif.

Majlis perjumpaan pada hari ini telah memberi gambaran yang jelas kepada pihak kerajaan negeri berkaitan bentuk kerjasama yang akan digerakkan selepas ini, memandangkan setiap Jabatan dan agensi KKMM yang hadir mempunyai kepakaran dan kebolehan yang tersendiri dalam melaksanakan proses pemasaran maklumat.

“Satu Pelan Tindakan Komunikasi Bersepadu akan diwujudkan secepat mungkin antara Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan bersama Jabatan dan Agensi KKMM di mana pelan ini akan dijadikan sebagai rujukan bersepadu bagi melaksanakan proses pemasaran maklumat kepada rakyat pada masa akan datang.”

“Pemasaran maklumat kerajaan negeri akan lebih menyeluruh diterima diperingkat akar umbi.” Ujar Pegawai Penerangan Daerah Tumpat, Fadli Mohamad yang turut hadir.

Pegawai Penerangan Daerah Kuala Krai, Nik Aula Nik Soh pula berpandangan program sebegini memang tepat untuk menyelaras gerak kerja kerajaan negeri agar difahami dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan dengan lebih berkesan agar dapat merasai denyut nadi rakyat, terutama agensi KKMM negeri yang dinaungi Exco Penerangan peringkat negeri.”

Majlis yang berlangsung di Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Tingklat 3 Wisma Persekutuan yang melibatkan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi Multi Media (JKPKKMM), Jabatan Penyiaran (RTM), Berita Nasional (BERNAMA), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), Perbadanan Filem Nasional (FINAS), Telekom Malaysia (TM) dan POS Malaysia (POS)
– NAZ –

Tinggalkan komen anda