Skip to main content
HomeMAPutrajaya

Pembentangan Belanjawan 2021 Curi Tumpuan Dewan Rakyat November Ini

By 12 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Pembentangan Belanjawan 2021 antara yang akan mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat yang kembali bermesyuarat selama 27 hari, mulai 2 Nov depan.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 itu dijadual dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 4 petang, 6 Nov nanti.

Mesyuarat ke-3, penggal ke-3, Parlimen ke-14 itu akan berlangsung sehingga 15 Dis 2020 bagi Dewan Rakyat sementara persidangan Dewan Negara akan berlangsung dari 14 hingga 23 Dis 2020.

Persidangan antara lain akan membahaskan Belanjawan di peringkat dasar, jawatankuasa dan jawapan menteri.

Menurut laman web itu lagi, perbahasan RUU dan urusan kerajaan dalam topik berlainan akan berlangsung secara serentak di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, pada 14 Dis.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda