Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

PKPP: Pasar Pagi Diarah Tutup Akibat Alpa dan Gagal Patuhi SOP

By 12 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman (Seberang Perai Utara)

PENAGA, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Pasar Pagi Awam di sini diarah tutup selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Op Pematuhan SOP baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata negara masih belum lagi menang menentang COVID-19.

Op Pematuhan SOP oleh pelbagai Agensi telah dilaksanakan di Pasar Pagi Awam, Penaga.

Op Pematuhan SOP oleh pelbagai Agensi telah dilaksanakan di Pasar Pagi Awam, Penaga.

“Orang ramai dinasihati supaya kekal berada di rumah masing-masing dan hanya keluar apabila ada keperluan sahaja memandangkan keadaan semasa yang membimbangkan.

“Peniaga telah didapati gagal mengawal selia keadaan pasar pagi dan tiada penjarakan fizikal antara peniaga dan pengunjung ke lokasi tersebut,” katanya yang ditemui semasa operasi dilaksanakan.

Pasar Pagi Awam Penaga diarahkan tutup setelah didapati tidak mematuhi SOP PKPP.

Pasar Pagi Awam Penaga diarahkan tutup setelah didapati tidak mematuhi SOP PKPP.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Daerah SPU juga telah mencadangkan pasar pagi tersebut agar ditutup sehingga ke satu tarikh kelak selain dua kompaun telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Peniaga makanan, Rosli Ahmad, ketika ditemui berkata, beliau terpaksa akur dengan penutupan pasar pagi ini walaupun sememangnya pasar ini cukup terkenal dan sentiasa mempunyai ramai pelanggan.

“Susahlah sikit selepas ini bagi kami kerana pasar pagi Penaga merupakan tempat membeli barangan harian yang murah dan banyak pilihan,” katanya.

Pejabat Penerangan Daerah SPU turut merayu orang ramai agar mematuhi SOP dari semasa ke semasa bagi membanteras penularan COVID-19.

Pejabat Penerangan Daerah SPU turut merayu orang ramai agar mematuhi SOP dari semasa ke semasa bagi membanteras penularan COVID-19.

-ii-

Tinggalkan komen anda