Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Polis Kenal Pasti Lelaki Gelang Merah Jambu di Stesen Minyak

By 10 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Polis telah mengenal pasti seorang lelaki memakai gelang merah jambu dipercayai dalam tempoh kuarantin, yang berada di sebuahĀ stesen minyak di Bukit Tinggi, KlangĀ seperti dalam video yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Klang SelatanĀ ACP Shamsul Amar Ramli berkata video berdurasi satu minit empat saat itu ditonton oleh pegawai kanannya sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.24 malam.

“Video ituĀ memaparkanĀ berlaku tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan dengan seorang lelaki yang memakai gelang merah jambuĀ disyaki masih dalam tempoh kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shamsul Amar, pihaknya kini sedang menunggu status ujian saringan COVID-19 lelaki berumur 30-an itu daripada Pejabat Kesihatan Daerah Klang sebelum melakukan tangkapan.

Bandar Bukit Tinggi, Klang merupakan antara 36 kawasan di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari bermula semalam sehingga 23 Okt ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda