Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

COVID-19: Kompleks One Utama, Kelab Golf Tropicana Diarah Tutup

By 10 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

PETALING JAYA, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Komplek One Utama dan Tropicana Golf Club & Country Resort, Petaling Jaya diarah tutup pada 11 Oktober berikutan penularan COVID-19 di premis tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling Johary Anuar, berkata terdapat empat kes positif melibatkan tiga pekerja dan seorang pengunjung di pusat membeli belah One Utama.

“Manakala di Tropicana Golf Club & Country Resort pula terdapat lima orang kakitangan yang disahkan positif.

“Penutupan akan bermula 11 Oktober bagi tujuan saringan untuk semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Johary berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi dua premis berkenaan untuk tampil membuat saringan COVID-19.

“Ia adalah bahagian kosmetik dan wangian, Aras G, Parkson Elite di antara 30 September hingga 7 Oktober, sementara di Mac City, Aras Dua, antara 25 September hingga 30 September.

“Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan COVID-19 di One Utama pada 14 dan 15 Oktober, bermula 9 pagi sehingga 2 petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis pada tarikh berkenaan,” jelas beliau.

Katanya, bagi mereka yang bergejala sebelum tarikh saringan, diminta ke fasiliti kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan.

Tinggalkan komen anda