Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

1,304 Kes Baharu, 900 Kes Pulih

By 14 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 hari ini kembali mencatatkan empat angka kepada 1,304 kes hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan mencatat 11,822 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini sebanyak 900 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 32,069 kes.

Beliau berkata daripada 1,304 kes baharu hari ini, 1,300 merupakan kes penularan dalam negara, sementara bakinya kes import.

Bagi penularan tempatan, Sabah terus mencatat kes baharu tertinggi dengan 556 kes, diikuti Selangor (361), Kuala Lumpur (201), Negeri Sembilan (83) dan Pulau Pinang (42).

ÔÇťLain-lain negeri pula melibatkan Sarawak, Perak dan Melaka masing-masing 13┬ákes, Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan┬álima kes, Labuan (empat), Johor (tiga) dan Putrajaya catat satu kes,ÔÇŁ katanya┬ápada┬ásidang media harian perkembangan COVID-19 di sini┬ásemalam.

Bagi empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, kesemua kes membabitkan warganegara yang tiba dari Arab Saudi (tiga kes) dan Mesir (satu kes).

Dr Noor Hisham berkata terdapat satu kes kematian berkaitan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 sebanyak 304 kes.

Katanya, kes kematian itu melibatkan lelaki warga tempatan berumur 70 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Tuaran, Sabah dengan sejarah penyakit darah tinggi.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 96 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda